Saturday, August 21, 2010

Saya Bersyukur Kerana Dapat Mengenali Gadis Cantik Seperti Awak...

  



Saya dan Awak...
Saya baru menyambung pelajaran di sebuah kolej....
Niat saya hanya untuk mencapai kejayaan tanpa di belengu wanita...
Lagipun,tidak ada seorang wanita yang dapat menambat hati saya...
 Seminggu berlalu,baru saya sedar rupa2nya ada wanita ayu di dalam kelas saya sendiri...
Suatu hari,saya bertemu dengan awak di kolej...
Awak sungguh ayu berbaju kurung dan saya terus terpikat...
Hari semakin hari,saya cuba untuk mendekati diri awak kerana ciri2 yang saya ingin cari ada pada awak...
Lama-kelamaan,saya menjadi kawan awak....
Perhubungan kita semakin rapat sehingga pelbagai andaian dari pelajar laen yang kita adalah pasangan kekasih yang secocok...
Rahsia diri saya dan rahsia diri awak tidak ada lagi di antara kita...
Tetapi,satu kesilapan saya ialah tidak bertanya satu soalan yang memberi seribu makna bagi diri saya kerana saya ingin memberi awak masa mengenali diri saya...
Di hari yang memberi kegembiraan pada saya,bertukar kedinginan apabila saya mendapat tahu yang awak mempunyai kekasih lain dan akan bertunang tidak lama lagi...
Saya sangat sedih dan begitu kecewa dengan perbuatan awak...
Bukan niat saya untuk mempermainkan diri awak,tetapi saya sungguh ikhlas menyintai awak..
Mengapa begini jadinya....???
Mengapa awak tidak menceritakan perkara yang sebenar pada saya di waktu awak mengetahui perasaan saya pada awak...
Saya terpaksa pergi menyembunyikan kesedihan diri saya dari awak...
Harapan yang awak berikan adalah satu perkara yang salah...
Sampai hati awak buat saya begini....
Saya tidak akan memaafkan awak!!!
Kerana awak tidak bersalah pada saya...
Saya yang bersalah kerana tidak cermin diri saya...
Sejak dari hari itu,kita semakin jarang berhubung...
Hubungan yang ada di antara kita,tidak lagi seperti dulu...
Segala kemesraan,pemikiran dan harapan saya musnah....
Hubungan yang kita jalinkan dulu sudah semakin beruah menjadi perhubungan kawan biasa...
Kasih sayang awak terhadap bakal tunang awak semakin bertambah sejak itu dan langsung mengetepikan saya....
Tetapi,bagi saya...walau bagaimana pun,saya akan tetap menyintai awak "sehingga" tarikh (     ) dan awak menjadi milik orang lain...
Suatu hari,awak membuktikan yang awak "membenci" saya dan "menyesal" kerana mengenali diri saya...
Saya dan rakan2 saya terkejut dengan pengakuan awak,dan saya betul-betul kecewa...
Hati saya hancur awak tahu...???
Mungkin ini balasan dari Allah Taala kepada saya kerana mempermainkan perasaan orang lain..
Itulah buat pertama kalinya kita bergaduh..
Tetapi,pesanan dari mak saya ialah "anakku,walau apapun orang lakukan pada kita,apa yang mak nak bagitahu...bersabar lah..."
Ibuku memberi pesanan ini kerana dia tahu apa yang terjadi kepada diriku...
Kini.....kita semakin jauh...semakin mengendahkan antara satu sama lain....
Pelbagai perbalahan antara kita dan kita semakin jauh dari penyelesaian...
Mungkin jalan yang terbaik ialah melupakan diri awak dan menjauhkan diri dari awak...
Mungkin saya dilahirkan ke dunia ini bukan untuk awak...
Mungkin kasih sayang saya terhadap awak tidak layak di samakankan dengan kasih sayang Nabi Muhammad kepada Siti Khadijah...
Mungkin harta saya tidak dapat membahagiakan awak..
Walau apapun,saya bersyukur dapat kenal dengan seorang gadis yang cantik dan soleh...
Sebelum ini,saya ada cinta pertama...
Tetapi bagi saya,awak adalah cinta pertama saya...
Dan saya tidak akan melupakan awak dan saya akan redha dengan ketentuan Tuhan...
Saya mendoakan suatu hari nanti saya akan memenangi cinta awak semula walaupun saya tahu tidak ada harapan lagi diantara kita....
Saya akan menunggu awak sehingga................

19/01/11/01/14/01

Perhatian!!! :Ini rekaan semata-mata....

No comments:

Post a Comment